Isnin, Januari 12, 2015

KATA ALU-ALUAN PENGETUA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera.


          ALHAMDULILLAH, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, kita diberikan semangat yang kuat dan kudrat yang kental untuk meneruskan usaha memartabatkan pendidikan di SMK Kuala Kurau bagi sesi persekolahan tahun 2020 dalam norma baharu selepas negara tercinta dilanda Covid 19.


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru Kanan yang berjaya menyediakan garis panduan SOP agihan tugas kepada guru-guru dan kakitangan bagi pembukaan semula sekolah bermula 24 Jun 2020. Agihan tugasan yang dibuat berdasarkan kepada kepakaran guru-guru yang mengambil kira pengalaman dan juga memberi peluang kepada guru-guru menimba pengalaman yang baharu. Agihan tugasan ini dibuat seadil yang mungkin supayaberat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semoga SOP Sekolah dan Panduan Tugas Guru yang selaraskan oleh KPM ini menjadi sumber rujukan dalam memastikan peranan dan panduan gerak kerja dalam norma baharu pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara efisien.


Banyak kejayaan yang telah kita raih pada tahun 2019. Dengan semangat kerjasama dan ukhuwah yang kuat  dalam  kalangan  warga  SMK  Kuala  Kurau,  saya  berkeyakinan  tinggi  bahawa  kita  akan  terus melangkah ke hadapan pada tahun 2020 dengan mencipta kejayaan demi kejayaan, merebut peluang yang ada dalam memastikan kemenjadian murid secara holistik dan kemenjadian warga sekolah sederap ke puncak. Kejayaan transformasi pelbagai bidang di sekolah kita akan diteruskan dengan lebih banyak ciptaan   dan   inovasi   hasi idea-idea   kreatif   pemikiran   d luar   kotak.   Kit menerapkan   budaya keseronokan, berkasih sayang dan hormat menghormati mekar dalam kalangan warga sekolah.


Akhir kata, marilah kita bertekad mencari keredaan Allah SWT supaya Covid 19 ini dapat dihapuskan dan warga sekolah dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dengan menjaga penjarakan sosial norma baharu kaedah pengajaran dan pembelajaran.  Kita perlu terus mengukuhkan semangat untuk menggembleng tenaga bagi memastikan SMK Kuala Kurau terus cemerlang dalam semua bidang dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025. Sedarap bersama, SEKURAU Ternama, Proud To Be SEKURAU


Sekian, terima kasih. Selamat bertugas. Saya yang menjalankan amanah,


 Yani Binti Kimi
Pengetua SMK Kuala Kurau. 


Related Posts:

  • Kejohanan Bola Baling MSSM 2019 Kejohanan Bola Baling MSSM 2019 telah berlangsung pada 24-29 Mac 2019. Seramai 5 orang pelajar SMKKK iaitu 4 pelajar lelaki dan 1 pelajar perempuan telah mewakili Negeri Perak dalam kejohanan tersebut. Tahniah kepada pemain-… Read More
  • Ceramah Israk dan MikrajPanitia Agama Islam telah menganjurkan satu ceramah Israk dan Mikraj pada 3 April 2019 dan telah disampaikan oleh Al fadhil Ustaz Zainal daripada SMK Panglima Bukit Gantang. Semoga semua warga SMK Kuala Kurau mendapat taulada… Read More
  • Mega Space Connect USM Transkrian Pada 20 April 2019, Panitia Sains dan Metematik telah mengambil bahagian dalam pertandingan Mega Space Connect USM Transkrian Pulau Pinang. Terdapat perlbagai pertandingan antaranya adalah Parachute Rocket, Water Rocket, dan… Read More
  • Pelancaran Jom Baca, Anti Dadah, & Hari Autisme Pada 8 April 2019, SMK Kuala Kurau telah membuat pelancaran beberapa program yang menarik untuk warga sekolah. PSS Zaaba telah melancarkan kempen Jom Baca, manakala Unit Bimbingan & kaunseling telah melancarkan Kempen An… Read More
  • KK Tour - Perkongsian Amalan Terbaik PKG Sungai Siput Pada 22 April 2019, SMKKK telah menerima lawatan Perkongsian Amalan Terbaik daripada PKG Sungai Siput yang terdiri daripada guru-guru media sekolah-sekolah kelolaan PKG Sungai Siput. Rombongan lawatan ini diketuai oleh En. Z… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan