Isnin, Januari 12, 2015

Sejarah SMK Kuala Kurau



             Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau yang terletak di Batu 14, Jalan Pantai, 34350, Kuala Kurau, Perak Darul Ridzuan. SMKKK terletak di atas lot 5114 Batu 14, Parit Sungai Melan, Kuala Kurau. Tanah lot ini berkeluasan 14 ekar  dan merupakan tapak asal kebun kelapa dan sawah padi. Pembinaan sekolah melibatkan kos bernilai RM 2.2 juta melalui dana Rancangan Malaysia ke 5 dan bantuan Bank Dunia. Peringkat awal sekolah ini memulakan khidmat dengan menumpang di SMK Sri Kurau bermula 2 Januari 1989 hingga 8 Ogos 1991. 
           SMK Kuala Kurau telah berpindah ke lokasi sebenar di Lot 5114 pada 8 Ogos 1991. Bangunan asal SMKKK adalah 2 blok bangunan 4 tingkat merangkumi makmal sains, 25 bilik darjah, 2 bilik ERT, 1 Pusat Sumber, dan 1 Kantin. SMK Kuala Kurau juga telah dapat membina bengkel MPV Perabot pada tahun 2011. 
             SMK Kuala Kurau juga merupakan sekolah berwatak sukan Bola Baling yang sentiasa menempa kejayaan cemerlang di peringkat daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa. Selain kejayaan sukan bola baling SMK Kuala Kurau juga sedang dalam proses melakukan transformasi fizikal seperti Pusat Sumber Zaaba, keusahawanan PVMA Pembuatan Perabot, keusahawanan PPKI Pendidikan Khas Integrasi, bilik-bilik khas, persekitaran landskap dan lain-lain. 
                 SMK Kuala Kurau mempunyai tiga buah blok bangunan yang memuatkan 71 orang guru dan lebih kurang 450 pelajar. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan utk para pelajar dan guru. Menjadi kebanggaan warga SMK Kuala Kurau untuk memperkenalkan SMK Kuala Kurau ke mata dunia, gagah berdiri dengan identiti sendiri. 

0 ulasan:

Catat Ulasan