Khamis, Januari 22, 2015

Program Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan RM100 Tahun 2015

Pada 20 Januari 2015 bersamaan 29 Rabiulawal 1436H SMK Kuala Kurau telah mengadakan program penyampaian BK1M yang berlangsung pada hari Selasa jam 2.30 hingga 3.30 petang. Alhamdulillah program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru, staf sokongan yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada ibu bapa pelajar yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung.

Ketibaan ibu bapa pelajar

Ibu bapa beratur untuk mengambil bantuan khas RM100

0 ulasan:

Catat Ulasan