Jumaat, Mac 08, 2019

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 29 & Pemberian Bantuan Wang Awal Persekolahan 2019

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 29 & Pemberian Bantuan Wang Awal Persekolahan 2019 telah diadakan pada 7 Mac 2019 bertempat di Dewan Samudera SMKKK. Majlis telah dirasmikan oleh YB Encik Yunus Bin Jamhari, (Pengerusi Jawatankuasa Awam, Infrastuktur Pertanian dan Perladangan) yang juga merangkap ADUN Kuala Kurau. Pihak SMKKK mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan keprihatinan beliau hadir bersama-sama. Majlis telah berjalan dengan lancar, dan kehadiran ibu bapa yang hadir memberikan buah fikiran dan cadangan dalam memperkasakan program-program yang akan dilaksanakan bagi sesi 2019. Tahniah kepada jawatankuasa yang baru dilantik dan diharapkan dapat melaksanankan tugas dengan baik demi kesejahteraan murid-murid SMKKK. 

























0 ulasan:

Catat Ulasan