Khamis, Julai 11, 2019

Penjurian Anugerah Pusat Sumber Kebangsaan 2019 (Kategori Sekolah Menengah)

Tanggal 10 Julai 2019 merupakan tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh semua warga SEKURAU kerana pada tarikh ini berlangsungnya Penjurian Anugerah Pusat Sumber Kebangsaan 2019 (Kategori Sekolah Menengah). Penjurian telah dinilai oleh En. Airil Anuar Bin Ahmad, dan En Koh Chin Kiang yang merupakan Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penilaian telah berjalan dengan lancar seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Pelbagai persembahan yang dipersembahakan kepada juri-juri dalam usaha memberikan kerjasama yang terbaik dalam penilaian ini. Terima kasih kepada para juri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Teknologi Perak, Pusat Kegiatan Guru Seluruh Negeri Perak khususnya PKG Kerian dan Kuala Kurau, dan seluruh warga SEKURAU. Usaha penat lelah dan tawakal kami serahkan kepadaNYA, moga dengan usaha oleh seluruh warga SEKURAU akan membuahkan hasil yang akan menjadi kenangan buat selama-lamanya. 


























































0 ulasan:

Catat Ulasan