The Young Moving Forward Entrepreneurs

Program Vokasional Menengah Atas, Program Pendidikan Khas Integrasi

Bola Baling

Pencapaian Tertinggi: 2 Pemain Malaysia Bawah L18 untuk IHF Challange Trophy Zon Asia 1B 2018

Pusat Sumber Zaaba

Pencapaian Tertinggi: Johan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak 2018 Mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan

Warga SEKURAU

Sedarap Bersama, SEKURAU Ternama, Proud To Be SEKURAU

Transformasi Fizikal

Moving Forward

Rabu, Januari 30, 2019

Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Kerian 2019

Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Kerian 2019 telah diadakan di padang SMK Kuala Kurau. Ia melibatkan 13 buah sekolah menengah bawah 15 tahun dan 18 tahun. Kejohana berjalan dengan lancar dan melibatkan tenaga kerja daripada warga SMKKK. SMK Kuala Kurau telah menjadi Johan Kelesuruhan iaitu mendapat Johan bagi kategori Lelaki 18, Perempuan 18, dan Lelaki 15. Tahniah diucapkan kepada semua pemain Bola Baling SMKKK. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Zulkifli Bin Jamaluddin mewakili PPD Kerian. Moving Forward













 En Zulkifli Jamaluddin (kanan) mewakili PPD dalam Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Baling MSSD Kerian 2019 menganugerahkan Pemain Terbaik Lelaki 15 kepada Shahrul merupakan pemain SMKKK
  En Zulkifli Jamaluddin (kanan) mewakili PPD dalam Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Baling MSSD Kerian 2019 menganugerahkan Pemain Terbaik kepada Khairul Naim merupakan pemain SMKKK






 

 


Latihan Dalam Perkhidmatan - Project Base Learning

Latihan dalam perkhidmatan (LADAP) telah diadakan di Dewan Sejahtera Kompleks Pejabat Pendidikan Daerah Kerian pada 26 Januari 2019 jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Slot pertama telah disampikan oleh Pn. Hjh, S.Ruhana Binti Mohd Noor, Pengetua SMKKK. Manakala slot kedua LADAP ni bertajuk Project Base Learning yang telah disampaikan oleh Cik Yang Roziah, Pegawai SIC+ Bahasa Inggeris PPD. Ia telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Guru-guru memberikan kerjasama dan perhatian yang baik. 
















Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti Tn. Hj, Ramli Bin Omar

Alhamdulillah. Majlis persaraan Tn. Hj. Ramli Bin Omar atau panggilan mesranya Ustaz Ramli telah berlangsung dengan gilang gemilang pada 25 Januari 2019 jam 10 pagi di dewan Samudera SMKKK. Majlis telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan daripada seluruh warga SMKKK. Gembira bercampur sedih warga SMKKK mengucapkan Selamat Bersara kepada Ustaz Ramli. Semoga berbahagia disamping keluarga tercinta. 











Pandu Puteri - Perkhemahan Peringkat Daerah Kerian

Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Daerah telah diadakan di SMK Kuala Kurau sebagai tuan rumah dan penyediaan tempat. Ia telah berlangsung pada 25 Januari 2019 sehingga 27 Januari 2019. Perkhemahan berjalan dengan lancar dan berjaya.