The Young Moving Forward Entrepreneurs

Program Vokasional Menengah Atas, Program Pendidikan Khas Integrasi

Bola Baling

Pencapaian Tertinggi: 2 Pemain Malaysia Bawah L18 untuk IHF Challange Trophy Zon Asia 1B 2018

Pusat Sumber Zaaba

Pencapaian Tertinggi: Johan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak 2018 Mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan

Warga SEKURAU

Sedarap Bersama, SEKURAU Ternama, Proud To Be SEKURAU

Transformasi Fizikal

Moving Forward

Jumaat, Mac 15, 2019

Keputusan SPM 2018

Tanggal 14 Mac 2019, maka berakhirlah penantian yang ditunggu-tunggu oleh calon SPM 2018 dengan pengumuman rasmi keputusan SPM 2018. Pengumuman secara rasmi telah di sempurnakan oleh Pn. Hjh. S.Ruhana Binti Mohd Noor, Pengetua SMK Kuala Kurau. SMKKK telah mencatatkan keputusan yang membanggakan. Tahniah kepada semua calon yang telah berusaha sehabis baik, penat lelah dan pengorbanan anda berbaloi. Pihak SMK Kuala Kurau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah berkorban masa dan tenaga dalam memastikan calon-calon SPM 2018 berjaya. 'Moving Forward'.

 Tahniah kepada Noor Murni Izaati Bin Zamli, daripada kelas 5UM mencatatkan keputusan 6A 1C.




Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kerian 2019

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kerian telah berlangsung selama 4 hari iaitu dari 11 Mac 2019 sehingga 14 Mac 2019 bertempat di Padang Kolej Vakasional, Bagan Serai. Sebanyak 24 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang berjaya dan SMK Kuala Kurau telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. 'Moving Forward'.



YB Encik Hasnul Zulkarnain Bin Abdul Munaim , Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Negeri Perak (dua dari kiri) merangkap ADUN Titi Serong turut hadir dalam menjayakan kejohanan pada kali ini.
















Selasa, Mac 12, 2019

PPKI - Pelancaran Jom Main dan Pelancaran PSS Ismail Salleh

Pada 11 Mac 2019, SMK Kuala Kurau melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah melencarkan Program Jom Main dan Pelancaran Pusat Sumber Ismail Salleh. Pelancaran telah disempurnakan oleh  En. Tuan Mohd Fazli Bin Tuan Abdullah, Penolong PPD PEndidikan Khas & Swasta/Pemulihan daripada PPD Kerian, Perak.








KK Tour - Perkongsian Amalan Terbaik SMK Seri Nibong

Pada 11 Mac 2019, SMK Kuala Kurau telah menerima lawatan daripada SMK Seri Nibong, Pulau Pinang dalam perkongsian amalan terbaik. Lawatan telah berjalan dengan lancar dan sesi lawatan telah berakhir sekitar jam 1 tengahari.













Jumaat, Mac 08, 2019

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 29 & Pemberian Bantuan Wang Awal Persekolahan 2019

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 29 & Pemberian Bantuan Wang Awal Persekolahan 2019 telah diadakan pada 7 Mac 2019 bertempat di Dewan Samudera SMKKK. Majlis telah dirasmikan oleh YB Encik Yunus Bin Jamhari, (Pengerusi Jawatankuasa Awam, Infrastuktur Pertanian dan Perladangan) yang juga merangkap ADUN Kuala Kurau. Pihak SMKKK mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan keprihatinan beliau hadir bersama-sama. Majlis telah berjalan dengan lancar, dan kehadiran ibu bapa yang hadir memberikan buah fikiran dan cadangan dalam memperkasakan program-program yang akan dilaksanakan bagi sesi 2019. Tahniah kepada jawatankuasa yang baru dilantik dan diharapkan dapat melaksanankan tugas dengan baik demi kesejahteraan murid-murid SMKKK.