The Young Moving Forward Entrepreneurs

Program Vokasional Menengah Atas, Program Pendidikan Khas Integrasi

Bola Baling

Pencapaian Tertinggi: 2 Pemain Malaysia Bawah L18 untuk IHF Challange Trophy Zon Asia 1B 2018

Pusat Sumber Zaaba

Pencapaian Tertinggi: Johan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak 2018 Mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan

Warga SEKURAU

Sedarap Bersama, SEKURAU Ternama, Proud To Be SEKURAU

Transformasi Fizikal

Moving Forward

Khamis, Mei 23, 2019

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 23 Mei 2019 bersamaan dengan 18 Ramadan 1440 H. Turut hadir Ustaz Hj. Ramli Bin Omar selaku mantan ustaz SEKURAU. Seramai 14 orang pelajar lelaki telah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Majlis berjalan dengan lancar dan penuh kesederhanaan. 



















Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawih

Pada 21 Mei 2019 bersamaan dengan 16 Ramadan, SEKURAU telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih yang disertai oleh guru, ibu bapa da, PIBG. Turut hadir En. Mohd Tarmizi Bin Hj. Yahya selaku YDP PIBG. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan solat maghrib. Majlis  berjalan dengan lancar dan selesai pada pukul 10 malam. 















Selasa, Mei 21, 2019

SEKURAU Memasak Bubur Lambuk bersama PIBG

Hari ini 21 Mei 2019, SEKURAU (SMK Kuala Kurau) telah mengadakan majlis secara sederhana memasak bubur lambuk bersama PIBG. Turut hadir bersama En. Mohd Tarmizi Bin Hj. Yahya selaku YDP PIBG serta ibu bapa yang bersama-sama bergotong royong memeriahkan majlis ini. Tahniah juga kepada anak-anak PPKI kerana terlibat bersama dalam aktiviti ini dalam slot mewarna sampul raya dan kad raya. 










Khamis, Mei 16, 2019

Sambutan Hari Guru


Tema Hari Guru 16 Mei 2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

 Tanggal 16 Mei 2019 sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan secara sederhana. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, dan diikuti pembacaan perutusan KPPM oleh En. Ramlee Bin Mahmud selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Seterusnya majlis diteruskan dengan pembacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia,YB Dr. Maszlee Malik oleh Pn. Hjh. S.Ruhana Bin Mohd Noor selaku Pengetua SMKKK. Majlis berlangsung dengan lancar dan sederhana.