The Young Moving Forward Entrepreneurs

Program Vokasional Menengah Atas, Program Pendidikan Khas Integrasi

Bola Baling

Pencapaian Tertinggi: 2 Pemain Malaysia Bawah L18 untuk IHF Challange Trophy Zon Asia 1B 2018

Pusat Sumber Zaaba

Pencapaian Tertinggi: Johan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak 2018 Mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan

Warga SEKURAU

Sedarap Bersama, SEKURAU Ternama, Proud To Be SEKURAU

Transformasi Fizikal

Moving Forward

Isnin, Februari 25, 2019

KK TOUR - Perkongsian Amalan Terbaik SMA Al Falah

Pada 25 Februari 2019 sekali lagi SMK Kuala Kurau telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Agama Al Falah, Parit Tok Ngah, Parit Buntar, Perak. Sesi lawatan ini telah diketuai oleh Pn. Hjh. Raihan Bin Omar (Pengetua)  dalam perkongsian amalan terbaik PSS Zabaa. Lawatan berjalan dengan lancar dan banyak perkongsian yang menarik dalam sesi tersebut. 














Rabu, Februari 20, 2019

Anugerah Gemilang Akademik PPD Kerian

Majlis Anugerah Gemilang Akademik telah diadakan pada 19 Februari 2019 bertempat di Dewan SMK Abu Bakar Al Baqir. Pn. Hjh. S.Ruhana Binti Mohd Noor (Pengetua SMKKK) bersama 3 orang guru iaitu Pn. Sarasvathy (Bahasa Tamil), Pn. Suryati (Pendidikan Seni dan Visual) dan Pn. Maizatul Akmam (Pendidikan Islam) telah dianugerahkan pencapaian bagi matapelajaran terbaik SPM 2017. Anugerah telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rosli Bin Ahmad AMP. PPT. (Pengarah Pendidikan Negeri Perak). Tahniah diucapkan kepada pengetua dan guru-guru yang mendapat penganugerahan. 




Pelancaran Program Jom Ke Sekolah

Pada 18 Februari 2019, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kuala Kurau bersama pihak Polis DiRaja Malaysia telah melanacarkan Program Jom Ke Sekolah. Program ini telah dilancarkan oleh Sarjan Mejar Abd Halim Bin Abd Rashid (Ketua Polis Balai Kuala Kurau, Perak juga merupakan Pegawai Polis Perhubungan Sekolah Daerah Kerian















Pelancaran KKBC TV dan Pelancaran NILAM

Pada 18 Februari 2019, Pusat Sumber Zaaba telah melancarkan KKBC TV (Kuala Kurau Broadcasting) dan NILAM. Pusat Sumber Zaaba SMKKK telah mengorak langkah lebih jauh dengan menubuhkan bidang penyiaran hasil cetusan idea Pn. Hjh. S.Ruhana Binti Mohd Noor (Pengetua SMKKK) dan diselia oleh Pn. Ainol Munirah Binti Mahmood (Guru Media SMKKK). Majlis berlangsung dengan gilang gemilang dan pelancaran juga disertakan dengan Episod 1 - Merentas Desa. 6 orang kru bagi KKBC TV terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5.






Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber

Watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber Zaaba SMK Kuala Kurau bagi sesi 2019 telah diadakan pada 18 Februari 2019 bertempat di Dewan Samudera SMKKK. Majlis telah diadakan pada waktu perhimpunan dan berjalan dengan lancar.





Jumaat, Februari 15, 2019

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kerian 2019

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kerian telah berlangsung di Dewan Serbaguna Pasar Awam, Bagan Serai. Pasukan 'Stone 14' SMKKK telah menghantar pasukan untuk berentap. Team A telah berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori Lelaki 18, manakala Team B telah berjaya mendapat tempat Ketiga bagi kategori Lelaki 18. Peningkatan yang membanggakan warga SMK Kuala Kurau bagi permulaan tahun 2019. Tahniah kepada guru-guru yang tidak pernah mengenal erti penat lelah iaitu En. Azmil Sharifuddin dan En. Saiful Bahari. Setinggi-tinggi tahniah kepada para pemain yang berusaha mengangkat nama baik SMK Kuala Kurau ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah, Moving Forward. 





KK TOUR - Perkongsian Amalan Terbaik SM Agama Tahfiz Darul Ridzuan

Pada 12 Februari 2019, SMKKK telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Agama Tahfiz Darul Ridzuan, Gunung Semanggol yang memfokuskan Perkongsian Amalan Terbaik SMKKK.