The Young Moving Forward Entrepreneurs

Program Vokasional Menengah Atas, Program Pendidikan Khas Integrasi

Bola Baling

Pencapaian Tertinggi: 2 Pemain Malaysia Bawah L18 untuk IHF Challange Trophy Zon Asia 1B 2018

Pusat Sumber Zaaba

Pencapaian Tertinggi: Johan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak 2018 Mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan

Warga SEKURAU

Sedarap Bersama, SEKURAU Ternama, Proud To Be SEKURAU

Transformasi Fizikal

Moving Forward

Jumaat, Ogos 30, 2019

KK Tour - PKG Manjoi & PKG Lahat, Perak

Pada 29 Ogos 2019 PKG Manjoi bersama PKG Lahat telah mengadakan lawatan perkongsian amalan terbaik di SEKURAU. Lawatan tersebut diketuai oleh Pn. Erne Hayaty Osman, Pegawai BTP PKG Manjoi. Seramai 45 orang telah hadir dan perkongsian amalan terbaik berjalan dengan lancar. Moga perkongsian ini akan lebih mengeratkan silaturahim dan menguatkan jaringan antara pihak SEKURAU dan Pusat Kegiatan Guru. SEKURAU Awesome, Moving Forward. 























Khamis, Ogos 29, 2019

Pertandingan Roket Air

Pada 28 Ogos 2019 Team Roket SEKURAU melalui panitia Sains dan Metematik di bawah pengawasan En. Khairul Anuar Nawawi dan En. Wan Faiz Durani telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Roket Peringkat Daerah Kerian. Alhamdulillah, keputusan pertandingan adalah seperti berikut: 
1. Roket Sasaran = Tempat ke-4
2. Roket Payung Terjun Berbeban = Naib Johan
Tahniah kepada Team Rocket SEKURAU kerana dengan keputusan tersebut mendapat Johan Keseluruhan. SEKURAU Awesome, Moving Forward. 







Rabu, Ogos 28, 2019

Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik

Pada 28 Ogos 2019 SEKURAU daripada unit Kokurikulum anjuran bersama Persatuan Sejarah telah mengadakan Pertandingan lagu-Lagu Patriotik antara unit-unit beruniform. Sebanyak 8 unit membuat persembahan nyanyian lagu patriotik. Tempat pertama telah dimenangi oleh Kelab Pandu Puteri dan tempat kedua dimenangi oleh Puteri Islam dan tempat ketiga dimenangi oleh Kelab Silat. Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan dapat melakukan persembahan dengan cemerlang.