The Young Moving Forward Entrepreneurs

Program Vokasional Menengah Atas, Program Pendidikan Khas Integrasi

Bola Baling

Pencapaian Tertinggi: 2 Pemain Malaysia Bawah L18 untuk IHF Challange Trophy Zon Asia 1B 2018

Pusat Sumber Zaaba

Pencapaian Tertinggi: Johan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak 2018 Mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan

Warga SEKURAU

Sedarap Bersama, SEKURAU Ternama, Proud To Be SEKURAU

Transformasi Fizikal

Moving Forward

Isnin, Julai 22, 2019

Kenduri Durian

19 Julai 2019 SEKURAU telah mengadakan kenduri pulut durian sempena meraikan usaha penat lelah warga SEKURAU dalam membuat persiapan pertandingan Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Durian telah dibekalkan daripada sekitar Bukit Gantang dan Terung Perak dan terkenal dengan kesedapannya. Antara juadah lain yang dihidangkan adalah laksa, sandwish, kuih muih dan air. PIBG turut hadir dalam memeriahkan acara yang berlangsung. Acara makan pulut dan durian tamat sekitar jam 5.30 petang. Tahniah kepada seluruh warga SEKURAU! 

















Rabu, Julai 17, 2019

Poetry Recitation Competition Kerian District 2019

On 16 July 2019, SEKURAU once again become host for Poetry Recitation Competition Kerian District 2019. There are 3 judges for this competition is Mohamad Lutfi Tarmizi, Mdm Nur Farah Hanim Md Nor, and third jugde is Mdm Nurhafizah Sharifuddin. There all from secondary school in Kerian district.Meanwhile, the closing ceremony have been held by Mdm Rohani Haji Musa Assistant PPD Co Curriculum English Division Unit. The competition is going well and all audience get more experience and knowledge regarding poetry. Second Runner goes to SMK Raja Lope Nur Rashid, First Runner goes to SMK Kuala Kurau, and the winner of this competition goes to SMK Alor Pongsu. Congratulations to all winner especially candidates from SEKURAU. SEKURAU AWESOME! MOVING FORWARD!   
























Khamis, Julai 11, 2019

Penjurian Anugerah Pusat Sumber Kebangsaan 2019 (Kategori Sekolah Menengah)

Tanggal 10 Julai 2019 merupakan tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh semua warga SEKURAU kerana pada tarikh ini berlangsungnya Penjurian Anugerah Pusat Sumber Kebangsaan 2019 (Kategori Sekolah Menengah). Penjurian telah dinilai oleh En. Airil Anuar Bin Ahmad, dan En Koh Chin Kiang yang merupakan Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penilaian telah berjalan dengan lancar seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Pelbagai persembahan yang dipersembahakan kepada juri-juri dalam usaha memberikan kerjasama yang terbaik dalam penilaian ini. Terima kasih kepada para juri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Teknologi Perak, Pusat Kegiatan Guru Seluruh Negeri Perak khususnya PKG Kerian dan Kuala Kurau, dan seluruh warga SEKURAU. Usaha penat lelah dan tawakal kami serahkan kepadaNYA, moga dengan usaha oleh seluruh warga SEKURAU akan membuahkan hasil yang akan menjadi kenangan buat selama-lamanya.