Selasa, November 05, 2019

Majlis Mohon Restu SPM 2019 & SPM 2019! Bermula!!!

Pada tanggal 4 November 2019, satu majlis mohon restu SPM 2019 telah berlangsung di Dewan Bestari SEKURAU. Ucapan oleh guru-guru yang merupakan amanat terakhir bagi calon-calon dalam menduduki peperiksaan penting ini. Antaranya ialah En. Tarmizi Bin Hamzah, Setiausaha SPM,
Puan Siti Haisah Binti Tukiran, Guru Kaunseling, dan Puan Hjh. S.Ruhana Binti Mohd Noor, Pengetua Cemerlang. 

Tarikh keramat 5 November 2019 bermulanya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi tahun 2019. SEKURAU ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Berbagai cabaran dan rintangan yang telah kita tempuh bersama sepanjang 5 tahun menimba ilmu di SEKURAU. Jadikan SPM 2019 ini sebagai titik tolak bermulanya pengalaman hidup selepas ini. Moga semua pelajar dapat menjawab dgn baik dan doa guru-guru sentiasa mengiringi segala usaha yang telah dilakukan. 










0 ulasan:

Catat Ulasan